Soul of My Heart

28 May 2015

My Life Being an Aquatician!

Salam and greetings..... I've been 3 years in University Malaysia Sarawak, UNIMAS and yet I don't really know what have I learned in Aquatic Resource Science and Management.. I just know that I learn more about life, humanity and also friendship(?).. Banyak ujian yang Allah turunkan.. Mungkin mudah bagi korang, tapi tidak bagi Aliah, that is why Allah bagi kat Aliah.. Allah tau Aliah kuat maka dia turunkan ujian ni.. Korang tak akan faham.. Yes because nobody will understand.. Allah and kita sendiri je yang boleh faham diri kita..

Semester 1 baru nak adapt dengan sini macam-macam ujian Allah.. Rasa susah sangat sebab baru dalam stage nak adapt.. Macam-macam dilalui hanya Allah sahaja yang tau.. Tak payah la cerita sini k, kalau nak tau boleh tanya 1 to 1 je I'll tell the stories.. Cerita sini nanti panjang sangat.. Tapi frust sangat sebab ada 2 fail subject on the first semester (so how nak lalui semester-semester akan datang?), which is General Genetics and Cell Biology, but however dari situ Allah nak tunjuk something I guess.. Medic is not for me, tak kira la berapa lama simpan cita-cita tu, kalau Allah kata benda tu bukan untuk kita maka ia bukan untuk kita.. Semester 2 Allah bagi ujian berbentuk kekecewaan.. Yes I almost give up early of the semester.. That is when Dr Samsur asked me to extend my studies to 4 years instead of 3 years.. Or he gave an option that I have to take 2 years if intersession to graduate on time.. I do applied without anyone knowing but both years I did not get to take the intersession.. Tapi apa yang orang tau cakap kat belakang jadi kepochi "Aliah tu sombong tak nak ambik intersession, try je la apply, ini tak berlagak macam hebat".. Yes I do hear someone said that yet I do nothing and just ignore sebab Aliah tau Aliah apply cuma tak dapat.. Biarlah kepochi-kepochi ni, semoga kau bahagia lalu melupakan aku.. K? Please go away..

Semester 3 Allah bagi Aliah ujian dimana Aliah rasa macam hampir-hampir hidup merempat,, Macam-macam betul ujian dalam nak mencari rumah sewa sebab tak dapat kolej.. Masa tu rasa susah sangat sampai berpindah-pindah rumah.. Alhamdulillah Aliah tabah, walaupun susah sangat rasa masa tu.. After half semester baru lah dapat rumah yang tetap, itu pon Allah uji dengan orang-orang dalam rumah tu.. Which is kawan baik Aliah sendiri.. Malas nak kenang, kita ni biarlah kita appreciate orang, orang tak nak appreciate kita itu hal diorang.. Tapi Allah bagi pointer yang baik masa semester tu.. And Semester 4 Allah bagi rasa kemanisan hidup sikit.. Housemate penyayang, roommate penyayang.. I love them all and I have the most wonderful birthday celebration that year.. Tapi however ujian tetap ada.. Which Allah tau Aliah sangat berharap nak dapat 3 pointer and I put a lot of effort.. Once I put an effort, if you know me then you will really see it and yes I know I deserve better result but if Allah says no then no.. So Allah uji lagi sekali subject yang paling Aliah letak effort, fail.. Rasa macam dissapointed sangat.. Macam separuh gila jugak time tu sebab pelik macam mana boleh fail.. And yes apa-apa pon redha jugak.. Kecewa tapi itu apa yang Allah redha kan.. Allah redha dia bagi kita fail, Alhamdulillah.. Jangan Allah bagi kita A tapi Allah tak redha..

Semester 5 Ya Allah hanya engkau tahu betapa berat ujian-ujian dilalui.. Masa ni tak dapat kolej, duduk luar pulak tu.. Terpaksa menumpang sana sini.. Dengar pulak orang mengata belakang Aliah itu Aliah ini.. Ada kepochi tanye bila nak blah dari rumah orang sekian-sekian.. To this kepochi, you know nothing so just shut your mouth.. Semak pulak kepochi ni.. Aliah pon tak suka susahkan orang but I really need some help at that particular moment.. Time tu jugak la kawan baik sendiri lupa janji dia pada kita.. Sedangkan janji tu dia yang buat.. Tak ape la.. Sebab kau kawan baik aku, aku redha.. Sebab hati ni sayang sangat dekat dia.. Then the FYP starts which I really (x100) dealing with something that makes life more disaster which everyday it takes my breath away.. Ok ade terms cakap THESIS is The Happiness Ended Since It Started.. Sooo true which all the disasters come non stop.. Banyak sebenarnya.. Bayangkan eh, orang kenal Aliah sebagai seorang yang suka bercerita.. Tapi sebenarnya, disebalik cerita yang banyak ni, masih banyak lagi benda yang terpendam yang orang tak tau.. Tak dan nak cerita semua.. Hmmm~

Semester 6..... What a speechless life.. What a disaster life I've go through.. Ya Allah perit sangat rasa.. Orang tak akan faham betapa aku appreciate kawan-kawan.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa Aliah sayang kawan-kawan and antara ujian yang Aliah sangat tak kuat nak hadapi ialah on persahabatan.. Yes because I love them sooo super duper much.. Seriously tak tau la ngape sem ni jadi sensitif yang teramat sangat.. Banyak sangat terasa hati dengan kawan, sampaikan menitik air mata setiap kali terkenang apa yang terjadi.. Sampai nak kena pujuk hati ni untuk berkorban demi kawan-kawan.. Pujuk hati sendiri untuk sabar.. "Sabar, dorang tu kan kawan baik Aliah".. Korang mungkin la nampak the bad side je which Aliah marah, geram, complain.. Tapi the good side bila mana Aliah bersabar, nobody knows how much it hurts inside.. Because people can only see the bad side.. Remember people, good people doesn't always look good and bad people doesn't always look bad.. Sometimes kita tengok orang tu baik je, hakikatnya hatinya hitam.. Sometimes kita tengok orang tu macam penyangak sialan tapi, hakikatnya hati dia seperti malaikat.. Sebab tu kita jangan nak judge orang je k?

And lastly nak cerita pasal The Happiness that Ended Since It Started.. Alhamdulillah walaupun banyak ujian Allah dilalui sepanjang setahun setengah untuk menyiapkan THESIS untuk Final year Project ni, siap jua akhirnya.. Sungguh banyak kali menangis buat THESIS ni but I NEVER GAVE UP.. Alhamdulillah.. Congrats to myself sebab hati kuat melalui segalanya.. Seriously hanya sebab THESIS ni je pon banyak perangai manusia yang Aliah dapat perhatikan.. Yang baik tiba-tiba jadi sebaliknya and yang sebaliknya tu jadi baik.. Semua ada.. Yang tak pernah tolong tu datang tolong, yang tolong sebelum ni lesap pon ada.. Ada yang buat-buat tak tau dengan kita, ada yang ignore, dah tu menyombong berlagak pulak tu siap nak perli-perli.. Yang kedekut ilmu, tak nak share pape konon macam kita ni advance dari dia.. Paranoid! Takpe la semoga kau dapat A k, and lupakan lah kesenangan yang aku ada.. Ya Allah berilah orang-orang yang busuk hati dengan aku ni lebih dari apa yang aku ada, semoga hati mereka menjadi lebih bersih dan lupa akan apa yang aku ada.. Aamiin.. Everyone hopes for an A, same goes to me.. But whatever I got, (A+, A, A-) or (B+, B, B-) or even if (C+ or C) doesn't matter, Alhamdulillah kena tetap bersyukur sebab dah berusaha.. But I just hope I don't have to repeat this, please Ya Allah.. In Shaa Allah..

Alhamdulillah berjaya hantar THESIS walaupun nampak serabut je diri macam dah tak terurus sebab rushing nak hantar, jalan pon berhalusinasi, terhuyung-hayang.. The sleepless night.. The restless week.. The freedomless semester.. UNIMAS [Faculty of Resource Science and Technology (Aquatic Resource Science and Management)]..

So this is how the THESIS looks like.. HEAVY METALS AND WATER QUALITY AROUND SANTUBONG BAY.. Aliah sahut cabaran dapat tajuk yang agak susah sebab dia lebih kepada Chemistry department but somehow I give credit to myself because you're great Aliah.. You've made it..

Look at that woderful view.. Subhanallah Allahuakhbar, indah nya alam ciptaan Allah.. Kebetulan flight delay landing, so dia pusing area Santubong.. And yes that is the Santubong Bay from aeroplane's view.. This is my sampling site for my Final Year Project.. Yet so much memories that I kept..

01 May 2015

"Dear Sweetheart" - Alia

Salam semua.. Mesti korang tertanya-tanya kenapa Sweetheart kan? Sweetheart bukan sebarang sweetheart.. Sweetheart ni hanya untuk 1 orang je which is Cikgu Jahan.. Kenapa Sweetheart? Sebab Aliah kenal dia sebagai seorang yang sangat suka senyum which is sweet to me and sangat penyayang.. That is why gelarkan Cikgu Jahan Sweetheart.. Memang dari first time kenal dia kasi gelaran ni and melekat sampai sekarang.. Tapi tak tau la Cikgu Jahan tau ke tak Aliah label dia as Sweetheart.. Huhuhu.. But she means a lot in my life.. Ok lets make some throwback~

2007: The first time Aliah kenal Cikgu is masa Aliah form 2.. Time tu Cikgu Jahan baru masuk sekolah tu and ajar class Aliah subjek Geografi.. She's not even a Geography teacher.. She's a maths teacher so tak boleh nak expect apa-apa la kan.. Ok tu tolak ketepi.. Kisah dia macam ni, masa first time Cikgu tu masuk class, Aliah tenung Cikgu tu dengan penuh kasih sayang.. Then Aliah cakap dengan Liyana (partner meja sebelah merangkap sahabat baik sampai sekarang), "Liyana, aku rasa aku pernah jumpa la Cikgu ni dalam mimpi aku.. Aku rasa aku sayang dia walaupun aku tak kenal dia..".. Liyana kata "kau ni biar betul Aliah..".. And then sepanjang class tu Aliah wondering je..

Few weeks later after waktu rehat, on the way naik tangga ternampak Cikgu Jahan nak pergi class 2 Azam (my class) and I stopped her and smiled at her.. So she stops and smiled back to me.. Then Aliah terus cakap "Cikgu, Aliah rasa macam Aliah sayang sangat kat Cikgu.. Entah eh kenapa.. Tapi sayang sangat".. Then Cikgu cakap ape tau "Cikgu pon sayang awak.. Masa dalam kelas Cikgu perasan awak buat apa selalu sebab Cikgu selalu perhatikan awak masa Cikgu tengah megajar kat depan.. Walaupun Cikgu tak pernah bercakap dengan awak tapi Cikgu pon rasa sayang kat awak".. What a coincidence kan? Wow, betapa Allah rancang dengan baiknya macam mana hati ni boleh sayang tanpa kenal..

And yup until now Aliah sangat rapat dengan Cikgu Jahan and yes I love her sooo much.. Aliah kenal Cikgu sebagai seorang yang sangat tabah.. Disebalik senyuman dia yang tak pernah hilang tu sebenarnya tersimpan banyak kesedihan.. Hmmm, Aliah yang tau ni rasa kesian sangat dengan Cikgu.. That is why I promise her to always be there for her and will always love her walau apa pun jua terjadi.. Alamak macam sweet couple pulak.. Hahahah hmm tak tak tak, this is far away feel alive than having a sweet couple.. Dengan Cikgu Jahan boleh bersayang-sayang bermanja-manja.. Dia sangat motherly.. Oh sejak bila la Aliah ni manja sangat kan.. Hahahaha.. Entah la kenapa manja sangat dengan Cikgu..

Teringat dulu masa sekolah, hari-hari nak jumpa Cikgu Jahan.. Mesti kene jumpa jugak.. At least salam sebelum balik pon jadi la.. Hahahaha.. And I think I'm the only student yang tak suka cuti sebab nak jumpa Cikgu Jahan.. Kalau cuti tu rinduuu sangat walaupun seminggu je.. Hmm sekarang lagi rindu, ye la Aliah kat bumi kenyalang.. Betapa jauhnya.. I missed her every single day.. Lagi-lagi sekarang Cikgu dah pindah ke Putrajaya.. Hmm actually dari masa Aliah Form 3 Cikgu kata nak pindah.. Aliah sampai menangis kot!! Merayu supaya Cikgu tak tinggalkan Aliah kat sekolah tu.. Every year Cikgu mohon tukar sekolah tapi tak dapat.. Now Aliah pon dah tak ada kat sekolah tu, so tak apa lah kalau Cikgu pindah kan.. I just want her to be happy because she's not happy in our school..

Yup memang jauh Cikgu sekarang.. Tapi when there's a will, there's always a way and I know myself which I will always create a way to make it happen.. Tapi ye lah dengan izin Allah of course.. Kalau Allah say no, then no jugak la.. Doa tu yang penting.. Sentiasa doa tanpa henti.. And mintak Allah sampaikan doa tu ke hatinya.. In Shaa Allah orang tu pon sentiasa ingat kat kita.. Ohhh how much I love her.. Teringat masa sekolah dulu Aliah tak ada kawan sangat, so selalu la dengan Cikgu Jahan.. Rajin teman Cikgu and I never regret every moment I spent with her.. Precious!

So today on your birthday, because I missed you sooo much, I sent you a birthday video of me.. Tak pernah la selama ni buat-buat video untuk orang (lately ni je la baru buat 1 untuk DKI).. So I hope you enjoy and I really hope you like it.. Just a simple video of me for you Cikgu.. Ok kalau nak tengok Aliah upload kat bawah ni gambar Aliah wish Cikgu kat Instagram and video yang Aliah whatsapp Cikgu (tapi Cikgu suruh post kat FB Cikgu sekali so that everyone bole tengok walaupun Aliah super malu, ok tapi since when Aliah pemalu kan).. With love, Alia...

As I always said, I can love someone who I don't know or I have not meet in my life.....
(hati yang Allah bagi) ... but I can love you more when I start knowing you.....


1 May 2015: Happy Birthday again Cikgu.. Tahun ni tak dapat nak kasi hadiah, jarak memisahkan kita.. Cewahhhh.. Hahaha.. Tapi Aliah kirim video buat Cikgu dimana Aliah harap sedikit sebanyak dapat lah menghiburkan hati Cikgu.. Ni gamba throwback 2010, tahun terakhir Aliah kat SMKS5.. How much time flies.. Since 2007 knowing you and I never regret~ #teacherslove #cikgujahan #throwback #sVian #graduation #memories #formfice #sweetlove
Ok ni video dia kalau korang nak tengok ada Part 1 and Part 2 ^_^ (tunggu dapat wifi k)